Friday 27 December 2013

Isu setinggan Kampung Railway, Sentul selesai - Loga Bala

KUALA LUMPUR: Isu setinggan Kampung Railway, Sentul yang terbabit dalam pembangunan semula, dianggap selesai selepas penduduknya diberipampasan sewajarnya oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Loga Bala Mohan, berkata 120 keluarga yang terbabit juga sudah menerima surat tawaran penempatan semula diProjek Perumahan Rakyat (PPR).

"Selain PPR yang tidak perlu bayar sewa, mereka juga diberi subsidi RM18,000yang dibayar secara bulanan sebanyak RM500 selepas kediaman mereka dirobohkan.

"Mereka juga diberi pilihan untuk membeli rumah kos rendah yang bakal dibina oleh pemaju Sentul Raya Sdn Bhd di kawasan itu dengan harga serendah RM42,000seunit," katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.

Katanya PPR yang ditawarkan oleh DBKL termasuk di Bukit Jalil; IntanBaiduri, Selayang; Taman Wahyu, Batu Muda dan Sri Kelantan masing-masing disekitar kawasan Sentul.

Loga berkata pihaknya sedia memberi bantuan kepada penduduk yang menghadapimasalah seperti sukar berpindah ke PPR yang ditawarkan.

"Ibu bapa yang menghadapi masalah perpindahan sekolah anak-anak juga bolehberurusan dengan DBKL supaya proses penempatan sekolah dapat diselesaikansecepat mungkin," katanya.
Loga berkata 30 keluarga yang sebelum ini membuat tuntutan melalui MahkamahPersekutuan pada September lalu namun gagal turut ditawarkan sebuah PPRmasing-masing dengan kadar sewa sebanyak RM124 sebulan.

"Mengikut prosedur DBKL, mereka yang membawa kes ini ke mahkamah dankemudian gagal sepatutnya tidak boleh ditawarkan apa-apa pampasan namun ataskeprihatinan kami, kami telah menawarkan sebuah PPR kepada mereka di BukitJalil," katanya.

Isu Kampung Railway, Sentul bermula sejak 1994 apabila syarikat pemaju iaituSentul Raya Sdn Bhd, sebuah anak syarikat YTL Corporation diberi kelulusan untukmembangunkan kawasan berkenaan.

Antara lain pemaju berjanji membina 3,000 unit rumah kos rendah dansederhana, dua dewan serba guna serta satu padang bola di situ.

Semalam DBKL melaksanakan operasi meroboh 73 premis membabitkan 143 keluargadi kampung itu susulan perintah Mahkamah Tinggi yang membenarkan permohonanSentul Raya mendapat milikan kosong ke atas tanah itu pada Oktober lalu.

- BERNAMA